aku jenis yang susah sangat nak benci orang. seriously sangat susah. dan aku jenis yang kadang-kadang malas nak amek pusing kalau orang buat ape. selagi aku sabar memang aku akan sabar. tapi bila sabar aku dah sampai tahap akhir, memang aku akan benci orang tu sampai sudah.
once aku dah benci orang, memang susah untuk aku bermesra balik.susah aku nak pulihkan kembali kepada keadaan asal waktu boleh bersuka-ria. sorry, aku tak reti nak kembalikan perasaan macam tu.
aku pernah hidup dengan bayangan dan kata-kata dari orang yang memang ada kaitan dalam hidup aku. aku hidup berbelas tahun dengan set mind yang aku letak :
bukan aku buat spekulasi, tapi itu adalah pasti, yang aku dan kami dengar sendiri. maka aku membesar dengan kata-kata itu yang terpahat dalam diri aku. macam mana kau berinteraksi dengan orang yang cakap benci kau? susah kan.
dia benci kami.
bukan aku buat spekulasi, tapi itu adalah pasti, yang aku dan kami dengar sendiri. maka aku membesar dengan kata-kata itu yang terpahat dalam diri aku. macam mana kau berinteraksi dengan orang yang cakap benci kau? susah kan.
bertahun2 aku pendam...bertahun2 kata-kata itu memakan diri aku.
tapi aku tahu, benci tak bawa ke mana kan? apabila semua dah boleh menerima dia. semua masa silam dah tinggal sejarah. tinggal aku yang terkontang-kanting cuba untuk membina kembali hubungan yang dingin. wut do you expect? bertahun2 aku hidup dalam dunia kami yang dingin, dan bertahun2 jugak aku berusaha untuk buang kedinginan. tapi aku tak mampu. jurang kami terlalu besar. jurang yang aku ciptakan tapi aku tak tahu macam mana nak buang. walaupun aku tahu macam mana peritnya.
dan sekarang, bila peristiwa sama berulang. begitu jugaklah perasaannya. kau orang kedua yang aku benci. sepenuh hati. kau buatlah apa sahaja, aku dah tawar hati. aku tak kesah kau nak mintak tolong, yang mana mampu aku akan cuba sedaya upaya. tak pernah aku lari. tapi antara kita tetap ada jurang. kau perlu ingat tu.