Assalamualaikum…
Dalam
dunia ni ada bermacam2 orang..macam2 ragam..macam2 budaya..macam2 perangai
samada yang dekat ngan kita, jauh, yang kita boleh bayangkan, yang kita tak
mampu nak bayangkan…yang pernah jumpa..sehingga lah yang kita x pernah jumpa…
Aku
, mungkin berada di kalangan yang biasa2. yang normal. Yang semua orang kalau
jumpa maybe la x terkejut kot. Hahaha
perasan je kan…
Alhamdulillah,
aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Walaupun kalau nak
diikutkan, agama aku ni macam agama budaya, diwarisi turun temurun dari
keturunan. Sebab datuk nenek, mak ayah beragama islam, automatiklah aku pun
didaftarkan sebagai dalam agama islam. Alhamdulillah.
Family
aku pun biasa2 aje, nak kata dari kalangan alim, wara’ tu tidaklah…tapi yang
mana wajib masih diterapkan. Kecik2 dulu diajar mengaji, disuruh solat, disuruh
berpuasa. Diajar benda baik benda buruk..
Bila
masuk sekolah menengah rendah mahupun menengah atas, aku terpilih untuk
memasuki sekolah agama. Aku ni jenis yang ikut flow. Xpandai lagi nak buat
keputusan sendiri. Tak pandai nak aim untuk pergi mana2. pendek kata xde tujuan
hidup sangat. Memang x nampak lah. Apa yang disajikan, itulah yang aku telan.
Aku cakap bagi pihak aku sendiri. Xsentuh
pasal orang lain langsung. Jgn sape2 nk terasa k haha.
Tinggal
di asrama sekolah agama, bagi aku lain dengan tinggal di asrama sekolah biasa
ataupun tinggal di rumah. Pembelajaran mungkin sama tapi diluar jadual
pembelajaran tu yang berlainan. Macam2 aktiviti pengisian rohani. Tadarus
alquran, solat berjemaah, qiamullail, fuinki (suasana) pun berlainan. Memang
tak dpt nak dinafikan, masa ni jiwa remaja ngah membuak naik. Bila diwajibkan
pergi qiam, meronta2 malas..paksa jugak diri untuk pergi. Ikhlas ke x belakang
kira. Tapi lama2 datang jugak berfikir… kadang2 bila tak pergi tengok orang
gigih buat qiam, rasa malu snirik.
Sama
jugak solat berjemaah. Ingat lagi dulu mesti ada pengawas yang akan amek nama
kalau datang lambat surau waktu maghrib. Mesti berlumba2 datang awal. Yelah,
takut kena denda. Bila fikir2 balik, solat di awal waktu lagi bagus. Kiranya
diri kita dah terlatih macam tu. Dulu kat asrama, lepas solat je mesti baca
quran sekurang2 nya 1muka surat / 10 ayat. Kalau x baca rasa pelik, rasa
janggal. Lagi2 kalau dapat roommate yang suka baca quran. Rs mcm malu je kalau
bc kejap je….
Bab
pakaian lagi ketat. Tudung wajib labuh takat mana. Stoking wajib pakai. Xboleh
pakai baju lengan pendek dan macam2 lagi yang digariskan mengikut panduan
pemakaian Islam. Kat asrama tudung semua labuh tutup segala. Kalau pakau y
pendek tu rasa pelik, sebab diri dah biasa, dilatih macam tu.
Pergaulan
lelaki perempuan ada batasan. Ingat lagi kat sekolah menengah atas, nak
berinteraksi pun bukan senang2 je nak terpekik panggil laki pompuan. Ada
panduannya, dilatih tunduk pandangan, jauhi zina mata. Walau kelas campur
lelaki perempuan, diasingkan lelaki depan perempuan belakang. Bila prep, asing
tempat lelaki perempuan.
Dan
banyak lagi lah peraturan2 untuk mendisiplin dan mendidik diri supaya lebih
mendekati agama Islam . Sikit2 diterap, diajar dalam diri.
Tapi
bila dah keluar sekolah, masuk Universiti,bila mula kerja…dah xde fuinki macam
tu. Ada tapi peraturan kadang2 x ketat. Dilonggarkan. Kalau ada kuliah tidak
diwajibkan. Sebab masing2 dah besar, dah sepatutnya boleh fikir sendiri baik
dan buruk demi masa depan sendiri di dunia dan akhirat.
Bila
dah keluar dari asrama, masuk Universiti, start kerja..dah xde warden,
ustazah/ustaz, pengawas disiplin yang nak tegur, nak awasi diri snirik. Semua
bergantung sepenuhnya kat diri snirik. Bergantung kepada iman masing2.
bergantung kepada sejauh mana keislaman diri. Bergantung kepada setakat mana
nak kejar masuk syurga Allah di akhirat kelak.
Kalau
buat baik buat salah tinggal malaikat di bahu kiri kanan je yang catat. Tapi
untuk kita sedar tu, semua diri sendiri. Untung2 orang sekeliling jenis yang
amek berat saudara seilam, akan ditegur lah . tapi kalau xde? Kalau yang kat
sekeliling kita pun jenis 2x5 je, atau lagi teruk? Macam mana ?
Kalau
orang sekeliling pulak jenis yang tak amek berat soal agama, tak disiplin
sangat diri sendiri mula terikut2. lama-lama makin hanyut. Mengaji quran dah
susah, kalau buat sekali sehari tu macam dah kira banyak sangat. Qiamullail
pulak jauh sekali lah. Pakaian makin lama makin kurang, makin jauh je dari
landasan sebenar. Pergaulan lelaki perempuan pun dah jauh tersasar.
Makin
lama, makin ramai jenis manusia yang kita jumpa. Yang baik, yang jahat. Yang
alim, yang tidak. yang liar, yang jinak..(maksudnya
kalau liar tu jauh dari agama, yang jinak, dekat dengan agama..) dulu
terperuk kat asrama memang xjumpa la yang pelik2. kalau yang pelik semua orang
buat perangai bila di luar asrama : maksudnya aku tak nampak la.
kadang2
terkejut pun ada. Rasa macam nak menangis pun ada. Iman aku dah sememangnya
lemah, setakat benci dalam hati. Nak tegur belum ada kekuatan. Bukan senang nak
main tegur2. perlu berhemah, tersilap cakap macam2 boleh jadi. Doa je dalam
hati supaya hati kena kuat, iman kena kuat. Xboleh terikut. Setiap hari doa
mintak Allah lembutkan hati, tetapkan iman di jalan yang benar. Bukakan pintu
hati yang makin lama makin hitam…
setengah
orang fikir : tunggu hidayah, tunggu petunjuk. Aku pun pernah macam tu. Nak
berubah tapi nak tunggu hidayah. Belum dapat hidayah. Hati tak terbukak lagi.
Tapi bila fikir2 balik, bila tengok diri sendiri , dah la jahil, hina ni, pastu
tak berusaha nak dekatkan diri kat Allah. Tak berusaha nak mendalami agama.
Alquran tak baca. Solat yang wajib pun tunggang langgang apaah lagi yang sunat.
Nak ke Allah bagi hidayah kat aku? Sampai ke petunjuk dari Allah. Kalau pun
Allah bagi, xkiralah mimpi ke, atau dalam bentuk macam mana sekalipun, diri aku
ni boleh nampak ke semua tu? Pastu duk mengharap hidayah.
Sebenarnya
diri sendiri kena jugak berusaha. Allah xkan bagi mudah2 macam tu je. Kena
selalu mintak, dekatkan diri. Buat perkara yang Allah suruh, tinggal yang
dilarang. Kena cuba tengok balik diri sendiri..jangan tengok yang sunat dulu
lah. Cuba perhati diri sendiri dari pagi sampai ke malam. Semua kewajipan dah
cukup ke? Semua yang dilarang dah tinggal ke?