Oct 20, 2012 |

...


Assalamualaikum…

Dalam dunia ni ada bermacam2 orang..macam2 ragam..macam2 budaya..macam2 perangai samada yang dekat ngan kita, jauh, yang kita boleh bayangkan, yang kita tak mampu nak bayangkan…yang pernah jumpa..sehingga lah yang kita x pernah jumpa…

Aku , mungkin berada di kalangan yang biasa2. yang normal. Yang semua orang kalau jumpa maybe la x terkejut kot. Hahaha perasan je kan…

Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Walaupun kalau nak diikutkan, agama aku ni macam agama budaya, diwarisi turun temurun dari keturunan. Sebab datuk nenek, mak ayah beragama islam, automatiklah aku pun didaftarkan sebagai dalam agama islam. Alhamdulillah.

Family aku pun biasa2 aje, nak kata dari kalangan alim, wara’ tu tidaklah…tapi yang mana wajib masih diterapkan. Kecik2 dulu diajar mengaji, disuruh solat, disuruh berpuasa. Diajar benda baik benda buruk..

Bila masuk sekolah menengah rendah mahupun menengah atas, aku terpilih untuk memasuki sekolah agama. Aku ni jenis yang ikut flow. Xpandai lagi nak buat keputusan sendiri. Tak pandai nak aim untuk pergi mana2. pendek kata xde tujuan hidup sangat. Memang x nampak lah. Apa yang disajikan, itulah yang aku telan.

Aku cakap bagi pihak aku sendiri. Xsentuh pasal orang lain langsung. Jgn sape2 nk terasa k haha.

Tinggal di asrama sekolah agama, bagi aku lain dengan tinggal di asrama sekolah biasa ataupun tinggal di rumah. Pembelajaran mungkin sama tapi diluar jadual pembelajaran tu yang berlainan. Macam2 aktiviti pengisian rohani. Tadarus alquran, solat berjemaah, qiamullail, fuinki (suasana) pun berlainan. Memang tak dpt nak dinafikan, masa ni jiwa remaja ngah membuak naik. Bila diwajibkan pergi qiam, meronta2 malas..paksa jugak diri untuk pergi. Ikhlas ke x belakang kira. Tapi lama2 datang jugak berfikir… kadang2 bila tak pergi tengok orang gigih buat qiam, rasa malu snirik.

Sama jugak solat berjemaah. Ingat lagi dulu mesti ada pengawas yang akan amek nama kalau datang lambat surau waktu maghrib. Mesti berlumba2 datang awal. Yelah, takut kena denda. Bila fikir2 balik, solat di awal waktu lagi bagus. Kiranya diri kita dah terlatih macam tu. Dulu kat asrama, lepas solat je mesti baca quran sekurang2 nya 1muka surat / 10 ayat. Kalau x baca rasa pelik, rasa janggal. Lagi2 kalau dapat roommate yang suka baca quran. Rs mcm malu je kalau bc kejap je….

Bab pakaian lagi ketat. Tudung wajib labuh takat mana. Stoking wajib pakai. Xboleh pakai baju lengan pendek dan macam2 lagi yang digariskan mengikut panduan pemakaian Islam. Kat asrama tudung semua labuh tutup segala. Kalau pakau y pendek tu rasa pelik, sebab diri dah biasa, dilatih macam tu.

Pergaulan lelaki perempuan ada batasan. Ingat lagi kat sekolah menengah atas, nak berinteraksi pun bukan senang2 je nak terpekik panggil laki pompuan. Ada panduannya, dilatih tunduk pandangan, jauhi zina mata. Walau kelas campur lelaki perempuan, diasingkan lelaki depan perempuan belakang. Bila prep, asing tempat lelaki perempuan.

Dan banyak lagi lah peraturan2 untuk mendisiplin dan mendidik diri supaya lebih mendekati agama Islam . Sikit2 diterap, diajar dalam diri.

Tapi bila dah keluar sekolah, masuk Universiti,bila mula kerja…dah xde fuinki macam tu. Ada tapi peraturan kadang2 x ketat. Dilonggarkan. Kalau ada kuliah tidak diwajibkan. Sebab masing2 dah besar, dah sepatutnya boleh fikir sendiri baik dan buruk demi masa depan sendiri di dunia dan akhirat.

Bila dah keluar dari asrama, masuk Universiti, start kerja..dah xde warden, ustazah/ustaz, pengawas disiplin yang nak tegur, nak awasi diri snirik. Semua bergantung sepenuhnya kat diri snirik. Bergantung kepada iman masing2. bergantung kepada sejauh mana keislaman diri. Bergantung kepada setakat mana nak kejar masuk syurga Allah di akhirat kelak.

Kalau buat baik buat salah tinggal malaikat di bahu kiri kanan je yang catat. Tapi untuk kita sedar tu, semua diri sendiri. Untung2 orang sekeliling jenis yang amek berat saudara seilam, akan ditegur lah . tapi kalau xde? Kalau yang kat sekeliling kita pun jenis 2x5 je, atau lagi teruk? Macam mana ?

Kalau orang sekeliling pulak jenis yang tak amek berat soal agama, tak disiplin sangat diri sendiri mula terikut2. lama-lama makin hanyut. Mengaji quran dah susah, kalau buat sekali sehari tu macam dah kira banyak sangat. Qiamullail pulak jauh sekali lah. Pakaian makin lama makin kurang, makin jauh je dari landasan sebenar. Pergaulan lelaki perempuan pun dah jauh tersasar.

Makin lama, makin ramai jenis manusia yang kita jumpa. Yang baik, yang jahat. Yang alim, yang tidak. yang liar, yang jinak..(maksudnya kalau liar tu jauh dari agama, yang jinak, dekat dengan agama..) dulu terperuk kat asrama memang xjumpa la yang pelik2. kalau yang pelik semua orang buat perangai bila di luar asrama : maksudnya aku tak nampak la.

kadang2 terkejut pun ada. Rasa macam nak menangis pun ada. Iman aku dah sememangnya lemah, setakat benci dalam hati. Nak tegur belum ada kekuatan. Bukan senang nak main tegur2. perlu berhemah, tersilap cakap macam2 boleh jadi. Doa je dalam hati supaya hati kena kuat, iman kena kuat. Xboleh terikut. Setiap hari doa mintak Allah lembutkan hati, tetapkan iman di jalan yang benar. Bukakan pintu hati yang makin lama makin hitam…

setengah orang fikir : tunggu hidayah, tunggu petunjuk. Aku pun pernah macam tu. Nak berubah tapi nak tunggu hidayah. Belum dapat hidayah. Hati tak terbukak lagi. Tapi bila fikir2 balik, bila tengok diri sendiri , dah la jahil, hina ni, pastu tak berusaha nak dekatkan diri kat Allah. Tak berusaha nak mendalami agama. Alquran tak baca. Solat yang wajib pun tunggang langgang apaah lagi yang sunat. Nak ke Allah bagi hidayah kat aku? Sampai ke petunjuk dari Allah. Kalau pun Allah bagi, xkiralah mimpi ke, atau dalam bentuk macam mana sekalipun, diri aku ni boleh nampak ke semua tu? Pastu duk mengharap hidayah.

Sebenarnya diri sendiri kena jugak berusaha. Allah xkan bagi mudah2 macam tu je. Kena selalu mintak, dekatkan diri. Buat perkara yang Allah suruh, tinggal yang dilarang. Kena cuba tengok balik diri sendiri..jangan tengok yang sunat dulu lah. Cuba perhati diri sendiri dari pagi sampai ke malam. Semua kewajipan dah cukup ke? Semua yang dilarang dah tinggal ke?