Oct 30, 2010 |

# 18

dah lama aku tak bercakap dengan diri sendiri. sometimes rasa penat bila kita tak jadik diri sendiri. bukan tak jadik diri sendiri, tapi lebih kepada tak memberi peluang kepada diri sendiri untuk buat apa yang rasa nak buat, nak tulis, nak luahkan rasa hati.

cuma di sini aku mampu buat macam tu.

cuma di sini aku bebas meluahkan segala tanpa rasa tersekat, tanpa perlu fikir hati siapa yang patut aku jaga, jiwa siapa yang patut aku belai sebab ni hanya dunia aku sendiri.

kat luar sana aku lebih dikenali sebagai seorang yang happy-go-lucky mungkin, clumsy, senang kena tipu, orang yang sentiasa gelak dan seolah2 berjiwa kental yang berhati batu. kecuali mereka yang betul2 mengenali aku.

aku ada dunia lain yang menzahirkan aku begitu, tapi aku ada dunia aku sendiri di sini. biarlah....

aku lebih suka begini. menyendiri.....................
Oct 11, 2010 |

# 17

apa itu cinta?

aku pernah suka orang masa aku sekolah rendah. kecik2 dah pandai hantar surat nak mintak jadik adik angkat padahal beza umur 2 hari je

aku pernah suka sepupu sendiri masa kecik2 main sama2. tengok muka sepupu pun blushing2.

aku pernah suka ramai orang masa aku sekolah menengah. suka as in suka tengok muka. hari2 lalu depan kelas pun blushing2.

aku pernah amek adik angkat yang last2 suka kat aku. tu pun aku suka jugak

aku pernah nak main2 je ngan junior bila dia betul2 suka kat aku dan aku pun suka jugak.

aku pernah suka cikgu kelab komputer kat sekolah. cikgu lalu tepi kelas aku dah blushing sorang2. *malu*

aku pernah suka orang sampai aku terjerit2 bila aku dapat tahu aku sekelas dengan dia. bila nak cakap depan2 aku blushing sorang2, muka merah sorang2.

aku pernah suka orang yang suka aku lepas kawan aku reject dia. kau ingat aku percaya suka dia tu?

aku pernah suka orang yang suka gaduh ngan aku. tapi bila dia berubah sebab kena marah ngan aku, aku menyesal marah dia.

aku pernah suka orang yang suka aku. lama kami menyulam rasa.

aku pernah suka orang yang sebenarnya tak layak untuk terima perasaan suka aku ni

tapi, sebenarnya aku tak tahu untuk meletakkan perkataan suka atau cinta. sebab aku sendiri tak pasti. cuma satu yang aku mahu kongsi : jangan pernah menyintai orang atas sebab orang itu menyintai kita. cintai lah dia atas sebab kita cinta dia. dapat tak maksud aku?

dan sekarang aku cinta dia, sebab aku memang cinta dia.
Oct 5, 2010 |

# 16

aku jenis yang susah sangat nak benci orang. seriously sangat susah. dan aku jenis yang kadang-kadang malas nak amek pusing kalau orang buat ape. selagi aku sabar memang aku akan sabar. tapi bila sabar aku dah sampai tahap akhir, memang aku akan benci orang tu sampai sudah. 

once aku dah benci orang, memang susah untuk aku bermesra balik.susah aku nak pulihkan kembali kepada keadaan asal waktu boleh bersuka-ria. sorry, aku tak reti nak kembalikan perasaan macam tu.

aku pernah hidup dengan bayangan dan kata-kata dari orang yang memang ada kaitan dalam hidup aku. aku hidup berbelas tahun dengan set mind yang aku letak :

dia benci kami. 

bukan aku buat spekulasi, tapi itu adalah pasti, yang aku dan kami dengar sendiri. maka aku membesar dengan kata-kata itu yang terpahat dalam diri aku. macam mana kau berinteraksi dengan orang yang cakap benci kau? susah kan.

bertahun2 aku pendam...bertahun2 kata-kata itu memakan diri aku. 

tapi aku tahu, benci tak bawa ke mana kan? apabila semua dah boleh menerima dia. semua masa silam dah tinggal sejarah. tinggal aku yang terkontang-kanting cuba untuk membina kembali hubungan yang dingin. wut do you expect? bertahun2 aku hidup dalam dunia kami yang dingin, dan bertahun2 jugak aku berusaha untuk buang kedinginan. tapi aku tak mampu. jurang kami terlalu besar. jurang yang aku ciptakan tapi aku tak tahu macam mana nak buang. walaupun aku tahu macam mana peritnya.

dan sekarang, bila peristiwa sama berulang. begitu jugaklah perasaannya. kau orang kedua yang aku benci. sepenuh hati. kau buatlah apa sahaja, aku dah tawar hati. aku tak kesah kau nak mintak tolong, yang mana mampu aku akan cuba sedaya upaya. tak pernah aku lari. tapi antara kita tetap ada jurang. kau perlu ingat tu.
Sep 27, 2010 |

# 15

segala-galanya buntu kini.
sebelum ni aku giat berbicara.
bukan aku.
kami.
excited.
namun kuasa Allah yang mengetahui segalanya. siapa sangka akan timbul aral sebegini?

kini aku pasrah menanti berlalunya hari-hari yang mendatang.
Sep 26, 2010 |

# 14

saat ini hanya diam membisu. tanpa kata.bukan semua seperti yang diharapkan

semester baru bermula.

dan aku cukup tak suka mereka yang selfish! asik nak mengharapkan orang lain aje. apa mereka ingat mereka tu anak raja?
Sep 19, 2010 |

# 12

baru pulang dari bercuti.
terlalu banyak peristiwa yang berlaku 2 minggu ini.
kadang-kadang sungguh menyesakkan otak dan pemikiran
tapi ada juga yang buat aku tersenyum girang

mana satu yang aku akan perhitungkan?

keluarga?
hati dan perasaan?
masa depan?
Sep 1, 2010 |
Aug 30, 2010 |

# 10

uwahhhhhh. lagi 3 hari aku nak menjejakkan kaki ke Malaysia. insyaAllah kalau umur panjang. pasti kita ketemu ye.

so seperti biasa la kalau nak balik tu memang wajib buat list.


  1. omiyage
  2. barang keperluan
barang keperluan aku tu memang kena senaraikan. daripada sekecik2 benda kepada sebesar2 benda. 1st, barang keperluan seperti charger henset,charger ipod, charger camera. ni memang penting kena masuk dlm list sebab kat malaysia plug die len. so xboleh nk carik la kan kalo tertinggal.

pastu keperluan harian.
semuanya aku nak bwk blk sbb nk stay kt kl dulu b4 blk ganu. n aku xsuke kalau brg2 aku xlengkap macam berus gigi, bedak2, lotion, toner, ect. takkan semua nk kena beli kt malaysia kan. so aku akn sediakan semua benda y mmg aku slalu guna utk travel. y kecik2 je lam 1paket tu.

hmm pompuan nmpak mcm mendokusai sket kana. tp aku xsuke kalau jln2 byk brg keperluan xde. even towel kecik pon kalo boleh ak nk ada dlm bag aku ni. hahaha

uwah xsabarnye nk beredar dr fukui ni.
Aug 29, 2010 |

# 9

percaya atau tak. suhu harini mencecah 34 darjah celcius
duk dalam rumah macam duk dalam oven

menggelupur aku cari mask letak atas muka
sejuuuuuuuuk sket haha

# 8

pagi tadi aku sambung tengok video the arrival ep 48. mata dah ngantuk gila tapi nak jugak tengok.bila tengok dokumentari ni kadang-kadang buat aku takut, kadang-kadang buat aku lebih bersemangat.

kenapa takut? 
takut dengan kedatangan kiamat yang semakin dekat dan ianya memang pasti. perang yang berlaku.

kenapa bersemangat? 
aku yakin dan pasti akan berlakunya kiamat. apatah lagi itu rukun iman ke-5 yang wajib aku percaya. dan kepastian tentang kedatangan dajjal, imam mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s buat kali ke2. aku seolah2 mendapat semangat, untuk menunggu dan menyambut kedatangan Imam mahdi dan Nabi Isa. Semangat untuk sama-sama berjuang bersama mereka. Berjuang menentang Dajjal. 

maka aku perlu betul-betul bersedia. tapi lihat balik keadaan diriku sekarang. macam mana? hidup tunggang terbalik. langsung tak ada persediaan ke  arah itu.

memang. peperangan di saat itu nanti kata orang bakal ditentukan oleh iman kamu. sama ada berperang bersama Dajjal nauzubillah atau berperang bersama Imam Mahdi dan Nabi Isa menentang Dajjal.

bersediakah anda semua? 
Aug 28, 2010 |

# 7

tengah hari td aku bangun. siap2 nak  mandi. sekali terdengar bunyi pili air.

aku intai2 pili terbuka. fikir2 balik last aku masuk toilet sebelum tdo malam tadi.

Ya Allah! 
tak tutup pili air!!!!!!! 
dah bape kali mcm ni. haiihhhhh. nasib baik air houdai~
Aug 26, 2010 |

# 6

semalam g jalan-jalan pasaraya. shopping raya la konon2. tapi last2 kedai 100yen jugak yang menjadi pilihan. dan semalam juga, hampir 30min aku duk lam fitting room. try satu baju nih. macam berkenan. ala-ala skirt panjang gitu. aku try n cuba  match kan dengan cardigan. sandal. baju kotak2. cantik. 

tapi aku tengok diri aku.
pakai skirt?
aku?
pakai skirt?

buat aku rasa janggal
lagi 95% nak ambil je pergi kaunter
tapi lagi 5% lebih kuat. menolak mentah-mentah
lantas aku blah je dari kedai

nape la aku takut sgt nak pakai skirt
Aug 25, 2010 |

# 5

malam tadi aku mimpi ngeri..lagi. Kali ini mimpi wajah yang menggerunkan. aku tak ingat cerita in details, tetapi setiap satu scene ada satu makhluk kat tepi yang wajah dia sangat menakutkan. lalu buat aku terjaga. tengok jam pukul 259. bunyi alarm yang aku set pukul 245 membingitkan telinga. lantas aku tekan snooze dan sambung lenaku. lalu wajah seram tadi datang lagi, membuatkan aku terjaga untuk kali ke2 dan ke3. macam mana nak sambung tidur kalau macam ni? 

lantas aku bangun sahur.

burb, Alhamdulillah kenyang pun. =)
terima kasih mimpi. terima kasih Allah kejutkan aku dari mimpi. kalau tak mesti terlepas sahur.
Aug 24, 2010 |

# 4

tadi selamat sudah telur bungkus
rasa macam x makan nasik je sahur ni

agak-agak tahan tak ek lauk tu sampai esok petang. buat lauk berbuka pulak 
hmmmmmmm

# 3

Alhamdulillah. selesai ibadah puasa untuk hari ini. mampu untuk menahan lapar dan dahaga.
tapi puasakah hati aku
puasa kah lidah aku
puasa kah anggota badanku?

tadi teringat telur bungkus yang mak masak. sedap. telur bungkus pertama yang paling sedap pernah aku makan.
kejap lagi nak masak telur bungkus. mungkin tidak sesedap yang mak masak tapi nak buat jugak ehehe

# 2

pagi tadi, after subuh aku tak boleh lelapkan mata
tetiba terfikir
kalau aku mati pasni, atau mungkin esok
aku akan masuk syurga ke?

dah banyak info
sudah terang lagi bersuluh
tanda-tanda kiamat sudah semakin hampir
bila dengar, baca dan lihat
buat aku gerun
tapi aku dah siapkan perisai ke untuk menghadapinya?

sentiasa fikir untuk  berubah
tapi belum habis satu hari
aku kembali kepada diri aku yang macam tak pernah belajar agama

entah pukul berapa aku terlelap
kebasahan air mata

bangun pagi tercungap-cungap
sebab mimpi kena kejar ngan buaya
hampir-hampir aku ditelannya
kalau aku mati tadi neraka mana tempat aku?

# 1

hari ini aku bebas bersuara
ini dunia picisan ku
biar hanya aku