apa itu cinta?
aku pernah suka orang masa aku sekolah rendah. kecik2 dah pandai hantar surat nak mintak jadik adik angkat padahal beza umur 2 hari je
aku pernah suka sepupu sendiri masa kecik2 main sama2. tengok muka sepupu pun blushing2.
aku pernah suka ramai orang masa aku sekolah menengah. suka as in suka tengok muka. hari2 lalu depan kelas pun blushing2.
aku pernah amek adik angkat yang last2 suka kat aku. tu pun aku suka jugak
aku pernah nak main2 je ngan junior bila dia betul2 suka kat aku dan aku pun suka jugak.
aku pernah suka cikgu kelab komputer kat sekolah. cikgu lalu tepi kelas aku dah blushing sorang2. *malu*
aku pernah suka orang sampai aku terjerit2 bila aku dapat tahu aku sekelas dengan dia. bila nak cakap depan2 aku blushing sorang2, muka merah sorang2.
aku pernah suka orang yang suka aku lepas kawan aku reject dia. kau ingat aku percaya suka dia tu?
aku pernah suka orang yang suka gaduh ngan aku. tapi bila dia berubah sebab kena marah ngan aku, aku menyesal marah dia.
aku pernah suka orang yang suka aku. lama kami menyulam rasa.
aku pernah suka orang yang sebenarnya tak layak untuk terima perasaan suka aku ni
tapi, sebenarnya aku tak tahu untuk meletakkan perkataan suka atau cinta. sebab aku sendiri tak pasti. cuma satu yang aku mahu kongsi : jangan pernah menyintai orang atas sebab orang itu menyintai kita. cintai lah dia atas sebab kita cinta dia. dapat tak maksud aku?
dan sekarang aku cinta dia, sebab aku memang cinta dia.
4 0:
cinta itu buta..
macam2 bleh jadi..huhuhu..
tapi btol gak..cinta la betol2 kt org yg kiter cinta
sangat setuju! =)
setuju sgt!!! like me n my hubby...huhuhu
heeee
good for you puan naseemah hehehe
Post a Comment