Oct 30, 2010 |

# 18

dah lama aku tak bercakap dengan diri sendiri. sometimes rasa penat bila kita tak jadik diri sendiri. bukan tak jadik diri sendiri, tapi lebih kepada tak memberi peluang kepada diri sendiri untuk buat apa yang rasa nak buat, nak tulis, nak luahkan rasa hati.

cuma di sini aku mampu buat macam tu.

cuma di sini aku bebas meluahkan segala tanpa rasa tersekat, tanpa perlu fikir hati siapa yang patut aku jaga, jiwa siapa yang patut aku belai sebab ni hanya dunia aku sendiri.

kat luar sana aku lebih dikenali sebagai seorang yang happy-go-lucky mungkin, clumsy, senang kena tipu, orang yang sentiasa gelak dan seolah2 berjiwa kental yang berhati batu. kecuali mereka yang betul2 mengenali aku.

aku ada dunia lain yang menzahirkan aku begitu, tapi aku ada dunia aku sendiri di sini. biarlah....

aku lebih suka begini. menyendiri.....................
Oct 11, 2010 |

# 17

apa itu cinta?

aku pernah suka orang masa aku sekolah rendah. kecik2 dah pandai hantar surat nak mintak jadik adik angkat padahal beza umur 2 hari je

aku pernah suka sepupu sendiri masa kecik2 main sama2. tengok muka sepupu pun blushing2.

aku pernah suka ramai orang masa aku sekolah menengah. suka as in suka tengok muka. hari2 lalu depan kelas pun blushing2.

aku pernah amek adik angkat yang last2 suka kat aku. tu pun aku suka jugak

aku pernah nak main2 je ngan junior bila dia betul2 suka kat aku dan aku pun suka jugak.

aku pernah suka cikgu kelab komputer kat sekolah. cikgu lalu tepi kelas aku dah blushing sorang2. *malu*

aku pernah suka orang sampai aku terjerit2 bila aku dapat tahu aku sekelas dengan dia. bila nak cakap depan2 aku blushing sorang2, muka merah sorang2.

aku pernah suka orang yang suka aku lepas kawan aku reject dia. kau ingat aku percaya suka dia tu?

aku pernah suka orang yang suka gaduh ngan aku. tapi bila dia berubah sebab kena marah ngan aku, aku menyesal marah dia.

aku pernah suka orang yang suka aku. lama kami menyulam rasa.

aku pernah suka orang yang sebenarnya tak layak untuk terima perasaan suka aku ni

tapi, sebenarnya aku tak tahu untuk meletakkan perkataan suka atau cinta. sebab aku sendiri tak pasti. cuma satu yang aku mahu kongsi : jangan pernah menyintai orang atas sebab orang itu menyintai kita. cintai lah dia atas sebab kita cinta dia. dapat tak maksud aku?

dan sekarang aku cinta dia, sebab aku memang cinta dia.
Oct 5, 2010 |

# 16

aku jenis yang susah sangat nak benci orang. seriously sangat susah. dan aku jenis yang kadang-kadang malas nak amek pusing kalau orang buat ape. selagi aku sabar memang aku akan sabar. tapi bila sabar aku dah sampai tahap akhir, memang aku akan benci orang tu sampai sudah. 

once aku dah benci orang, memang susah untuk aku bermesra balik.susah aku nak pulihkan kembali kepada keadaan asal waktu boleh bersuka-ria. sorry, aku tak reti nak kembalikan perasaan macam tu.

aku pernah hidup dengan bayangan dan kata-kata dari orang yang memang ada kaitan dalam hidup aku. aku hidup berbelas tahun dengan set mind yang aku letak :

dia benci kami. 

bukan aku buat spekulasi, tapi itu adalah pasti, yang aku dan kami dengar sendiri. maka aku membesar dengan kata-kata itu yang terpahat dalam diri aku. macam mana kau berinteraksi dengan orang yang cakap benci kau? susah kan.

bertahun2 aku pendam...bertahun2 kata-kata itu memakan diri aku. 

tapi aku tahu, benci tak bawa ke mana kan? apabila semua dah boleh menerima dia. semua masa silam dah tinggal sejarah. tinggal aku yang terkontang-kanting cuba untuk membina kembali hubungan yang dingin. wut do you expect? bertahun2 aku hidup dalam dunia kami yang dingin, dan bertahun2 jugak aku berusaha untuk buang kedinginan. tapi aku tak mampu. jurang kami terlalu besar. jurang yang aku ciptakan tapi aku tak tahu macam mana nak buang. walaupun aku tahu macam mana peritnya.

dan sekarang, bila peristiwa sama berulang. begitu jugaklah perasaannya. kau orang kedua yang aku benci. sepenuh hati. kau buatlah apa sahaja, aku dah tawar hati. aku tak kesah kau nak mintak tolong, yang mana mampu aku akan cuba sedaya upaya. tak pernah aku lari. tapi antara kita tetap ada jurang. kau perlu ingat tu.